Saturday 7 December 2019

FCE3401 TEKNOLOGI PENDIDIKAN



WEEK 1(11 SEPT 19)

Assalamualaikum and hi. Kelas amali yang pertama bagi kursus FCE3401 Teknologi Pendidikan bertempat di Putra Future ClassRoom. Kami telah berkenalan dengan pensyarah untuk amali sepanjang semester iaitu Puan Kasmah. Minggu ini kami telah di perkenalkan tentang Rancangan Pengajaran Harian (RPH) model ASSURE dimana Pn. kasmah menunjukkan slide contoh RPH yang baik dan tidak berapa bagus. Pn. Kasmah juga memberikan contoh panduan penulisan RPH yang mempunyai objektif yang merujuk standard pembelajaran. Selain itu, Pn kasmah menerangkan sedikit tentang e-portfolio dan game board yang kami perlu laksanakan sepanjang semester. Akhir sekali,beliau mengedarkan borang penilaian latihan mengajar untuk kegunaan kami pada masa akan datang. kelas bersurai. 










WEEK 2 (18 SEP 19)

Kelas ditangguhkan kerana jerebu yang melampau.





WEEK 3 (25 SEP 19)

Minggu ini, kami dibahagikan beberapa kumpulan iaitu 1 kumpulan terdiri daripada 6 orang. Pembahagian tajuk untuk board game telah diberikan pasa masa itu. Kami diberikan masa untuk memilih tema yang sesuai dengan tajuk dan board game kami. Selain itu, kami juga perlu mendraf rph berdasarkan tajuk yang diberikan dengan bantuan Pn.Kasmah.  Tajuk kumpulan kami ialah Lakaran Piktorial dan kami memilih tema doodle art sebagai background board game kami. Kemudian kami diminta untuk bentangkan draf RPH tersebut.









WEEK 4 (2 OKT 19)

Amali minggu ini, kami diberikan pengenalan tentang storyboard. Storyboard merupakan satu siri lakaran bagi menggambarkan turutan isi kandungan bagi skrin multimedia. ianya merupakan satu susunan grafik dalam bentuk imej/ilustrasi yang dipersembahkan untuk percubaan tayangan gambar bergerak, animasi bergerak atau media interaktif.

Kami telah diberi masa untuk berbincang dalam kumpulan untuk membuat storyboard berdasarkan tajuk yang telah ditetapkan iaitu Lakaran Piktorial. Kemudian, setiap kumpulan akan membentangkan storyboard masing-masing.


Pn. kasmah sedang menerangkan tentang konsep storyboard

Storyboard kami 





WEEK 5 (9 okt 19)

Minggu ini kami telah diminta untuk setiap orang membawa laptop sendiri bagi tujuan pembelajaran pada hari itu. So, aktiviti yang dilakukan adalah pengenalan kepada HP Reveal dan Metaverse studio. Aplikasi tersebut sangat menarik dan efektif untuk membina permainan digital berdasarkan topik pembelajaran.

Pn. Kasmah menunjukkan cara penggunaan dua aplikasi tersebut dan memberi peluang kepada kami mencubanya sendiri. Aplikasi tersebut sangat seronok digunakan dalam pembelajaran.


             

Semua orang fokus dan cuba app tersebut sendiri.






WEEK 6 (16 okt 19)

Akvitivi amali kali ini adalah pembentangan hasil RPH oleh setiap kumpulan. Selepas pembentangan RPH, pengajar telah memberi komen dan menyuruh kami membaiki kesilapan yang ada dalam RPH kami. RPH yang telah deperbaiki perlu dihantar pada minggu 7 secara hard copy dan soft copy melalui putrablast.


 

Pembentangan hasil RPH dari kumpulan 
Huda dan Faqihah





WEEK 7 (23 OKT 19)

Akvitivi kali ini adalah membuat arahan dan peraturan untuk game board yang akan dihasilkan. Arahan dan peraturan tersebut mestilah bersesuaian dengan tajuk dan tema game board. Dalam game board tersebut mestilah mempunyai elemen hp reveal dan metaverse yang telah didedahkan kepada kami. Selepas perbincangan, kami di minta untuk membentangkan hasil kerja masing-masing.